.

06 June 2010

Adat dan Adab

0
Sunday, June 06, 2010
Gambar concoction.in punya

Bismillah, Assalammualaikum,

Komen pasal adat dan adab majlis walimatul urus.
  1. Sambutan kepada pengantin lebih utama dari sambutan kepada Ibu-Bapa dan keluarganya. Masa pengantin datang bersama rombongannya, aku dok peratikan mak andam dan jurukemera lebih tertarik memuliakan pengantin. Sambutan pulak cuma diberikan khas kepada pengantin. Abistu mak pak dia korang tak mau ka? Adab tu beb.. sambut la mak pak dia dulu. Ni dibiarkan berpanas orang tua tu, terkulat-kulat tgk anak dia diambik oleh mak andam dan penyambut tetamu tak beradab.
  2. Rombongan pengantin dah sampai, silalah sambut dengan penuh kemesraan. Tanda hormat dan memuliakan tetamu. Layan sebaiknya. Bawakan ke tempat duduk dan tempat rehat yang sewajarnya. Bukan cuma biarkann saja para ahli rombongan terpinga-pinga cari arah tujuan. Ni sibuk dengan aktiviti bergambar pengantin sampai rombongan pun ditinggalkan. Tak beradab tu.. penat-penat depa p hantaq, ini balasan yang diberikan. Huh!!
  3. Majlis akad nikah di Masjid/ surau. Ni lagi satu yang sangat pelik ni. Kat masjid tu tempat yang mulia. Sangat digalakkan bernikah di masjid. Tapi kalau nak masuk masjid tu tolongla tutup aurat. Hormat sikit masjid ni. Bukanlah kat masjid je kena tutup aurat. Kat luar juga wajib. Dah la tak menutup aurat, siap gelak mengalahkan pontianak ni apa cer? Hormati masjid, hormati rumah Allah. Kalau nak majlis lebih santai dan tak perlukan memikirkan tentang adab sila nikah di rumah atau dalam kereta jer.
Harap ada yang ambil iktibar dari situasi zaman sekarang ni. Jangan sampai kita memuliakan adat lebih daripada mengikut adab.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: