.

06 January 2010

Kurangkan Kesesakkan Jalan Raya

0
Wednesday, January 06, 2010
Bismillah,
Jalan raya di KL semakin kelihatan menyesakkan mata. Hampir setiap masa jalan raya dipenuhi kenderaan. Peningkatan kenderaan amat ketara sejak dua tahun kebelakangan ini. Pelbagai usaha dilakukan bagi menangani masalah yang telah sekian lama membelengu ibu kota ini. Apa kesudahan kepada segala usaha itu? Kempen berkongsi kereta antara yang paling tidak mendapat sambutan di kalangan warga kota. Apakah kajian tidak dibuat sebelum pelaksanaan kempen tersebut. Perbelajnjaan burjuta ringgit dilaburkan tanpa segan silu. Bila kempen tidak berjaya kita semua yang akan menanggung padahnya.

Terbaru, LRT dan Komuter menambahkan jumlah gerabaknya. Apakah ini juga akan dapat mengurangkan jumlah kesesakkan jalan raya? Sikap pemandu warga kota yang lebih suka berkereta sendiri agak mustahil untuk diubah. Kecuali ada satu peruntukkan undang-undang yang tidak membenarkan penggunaan kereta memasukki kota pada waktu siang. Itu pun jika ada saudagar-saudagar kereta yang bersetuju. Sebelum ini memang ada cadangan daripada pihak DBKL dan Kerajaan Malaysia untuk menguatkuasakan undang-undang itu, tetapi seperti yang kita sedia maklum cadangan- cadangan dan kajian-kajian dijalankan tanpa henti sehinggalah satu masa infiniti yang kita pun tidak tahu sampai bilakah kesudahannya.

Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa warga kota sering tertekan dan mengalami gangguan mental diakibatkan oleh masalah kesesakkan jalan raya. Sedikit sebanyak masalah itu mempengaruhi kehidupan sosial warga kota. Bersama- samalah kita mengurangkan kesesakkan jalan raya dengan menggunakan kenderaan awam atau berbasikal.

_____________________________________________________________
Sent using Digsby - http://email.digsby.com


Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: