.

02 December 2009

Cikgu Oh Cikgu!!!

1
Wednesday, December 02, 2009
Bismillah,

Guru Oh Guru!!, Apa dah kena dengan korang ni? Perangai buruk masyaAllah..... Kat sekolah pun boleh berpuak-puak. Apa nak jadi dengan pendidik sekarang ni? Tak boleh dijadikan contoh langsung. Semacam ada perasaan dengki pulak cikgu-cikgu ni dengan Guru-Guru lepasan Universiti. Kenapa Cikgu lepasan Universiti ni selalu dipandang serong? Korang jales ye dengan Degree yang mereka ada? Ke sebab korang dah berada di dalam ZON SELESA? Orang pandai sikit masuk sekolah dah terasa macam nak cantas korang!! Ye lah... korang kan lepasan STPM jer. Pastu jadi cikgu. Belagak macam orang berilmu setinggi gunung. Kementerian suruh korang sambung Degree, korang buat pekak. Bukan Degree tu yang menjadi ukuran kecerdikan seseorang, tetapi kalau setakat Diploma Pendidikan dengan 20 tahun pengalaman tu toksah berbangga sangat la. Sambung belajar bukanlah untuk naik gred semata-mata, tapi belajar dapat membentuk otak tu berfikir macam orang cerdik. Takdelah guru-guru mempunyai mentaliti kelas bawahan macam sekarang ni.Sahsiah sesama guru pun tak dijaga inikan pula sahsiah dengan anak murid. Ada juga cikgu yang suka mengumpat, mengeji, mencerca dan  membuat perkara tidak bermoral sesama cikgu. Pendidik jenis apa engkau ni? Patutlah generasi sekarang jahanam. Cikgunye pun macam SIAL anak murid lagilah SIAL. Bapak Borek Anak Rintik. Salah siapa ek? Masa korang interview dulu sapa yang lepaskan korang untuk jadi cikgu? Salah mereka kah? atau salah pendidik mereka? Kalau macam ni la perangai-perangai Cikgu-cikgu sekarang JAHANAM Malaysia!!. Tu baru cerita pasal perangai buruk cikgu sesama cikgu.

 Kalau cerita pasal sikap cikgu terhadap sekolah pulak, lagilah haru. Ungkapan "Cikgu Semberono" yang dilabelkan oleh Timbalan  Menteri Pelajaran tu memang sesuai untuk sesetengah cikgu sekarang. Dahla malas masuk kelas. Suka MC pulak tu. Mengampu Guru Besar dah jadi lumrah. Ish!! inikah dia pendidik? Ingat ye, tanggungjawab cikgu berada di kelas mengajar anak murid menjadi orang berguna. Bukannya berada di dalam kelas sambil layan sms, berfacebook, main game dan macam-macam lagi. Suka-suka jer korang masuk kelas buat sambil lewa mengajar anak murid engkau. Bila murid tak paham ko marah dia. Korang suruh masuk kelas tuisyen yang korang buat diluar sana. Korang abaikan amanah yang diberikan. Korang tak mengajar bersungguh-sungguh dalam kelas dengan harapan murid-murid korang akan masuk kelas tuisyen korang. Ohhhh mudahnya kau nak dapatkan rezeki!! Ingat halal haram. Ni belum habis waktu sekolah korang dah sibuk nak keluar awal. Nak g kelas tuisyen yang lebih memberi pendapatan HARAM lebih lumayan!! Apa ni? Kesian kat anak-anak yang selalu dianiaya oleh guru-guruyang tak bertanggungjawab ni. Sekali lagi jadi pertanyaan Salah Siapa? Sistem pendidikan itu sendiri atau memang CIkgu tu yang berperangai sedemikian?

 Guru besar- guru besar ni pun satu hal pulak. Hari-hari ada miting dengan cikgu. Kalau ada manafaat takpa jugak. Ni miting sampai empat jam. Satu keputusan pun tak dibuat. Saja sembang kosong. Setiap minggu pulak ada je cikgu-cikgu yang diarahkan menghadiri kursus. Untuk apa semua tu? Adakah untuk meningkatkan Profesionalisma Guru atau saja makan angin? Tak bolehkan buat segala bagai kursus tu di musim cuti sekolah? Tak de la menganggu masa P&P. Nak kata lepas menghadiri kursus tu semua guru bertambah cemerlang, tak nampak la pulak. Apa yang mereka dapat? Pengurusan pulak bangang tahap gaban. Kerja-kerja perkeranian tu ko serahkan pada guru-guru. Mereka yang memang dah malas mengajar ni apa lagi.. ambil la kesempatan. LUPA ke pada tujuan asal kerjaya guru? Cuba lah sediakan kakitangan sokongan yang cukup. Nak tulis surat, nak beli barang, nak cat padang, nak potong rumput, masukkan data pelajar dan macam-mcam lagi lah.. itu yang dibebankan kepada guru. Itu semua kerja kerani la cikgu..... Jangan kau bebankan guru-guru pemalas ni dengan kerja-kerja remeh cam tu. Kerja Wajib mereka pun mereka tak buat, inikan pula kerja-kerja cam tu.Sebab tu la ramai cikgu-cikgu mengeluh. Kononnya dibebani dengan kerja-kerja sampingan. Salah sapa ni? Pikir la bersama demi anak didik kita.

 Kepada guru-guru bermotivasi, Tahniah kepada kalian. Sanggup meningkatkan taraf pemikiran menjadi golongan kelas pertama. Mereka sanggup menghadiri kuliah setiap minggu demi meningkatkan taraf kesarjanaan mereka. Berkorban apa saja demi meningkatkan tahap Profesionalisma Keguruan. Di situlah mereka akan terbuka minda dan insaf akan Amanah yang telah diberikan kepadanya. Biarlah mereka yang masih memegang Sijil dan Diploma pendidikan dengan pengalaman puluhan tahun yang tidak mahu langsung meningkatkan tahap kesarjanaan mereka duduk dan dipijak di bawah tu. Mereka merasa selesa. Duduk di dalam Zon Selesa bukan perkara biasa lagi kan?

 Sebelum mengundur diri aku mohon maaf kepada yang terasa hati. Ini satu teguran dan makian. Ingat!!! Manusia tergolong kepada 3 golongan.
  1. Bahasa Kiasan / Gerak geri badan ( Difahami segelintir manusia)- Golongan Pertama
  2. Bahasa Biasa / Nasihat ( Difahami segelintir manusia )- Golongan Kedua
  3. Makian ( Semua orang faham )- Golongan Ketiga.
Aku ambil pendekatan ketiga. Makian.... so harap-harap semua orang faham.

Wasallam

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

1 comment:

  1. Salam.....

    aku cadangkan ko post posting ko nie kt sini : http://www.moe.gov.my/?id=34&act=feedback

    moga di ambil tindakan

    sekian...pisangemas81

    ReplyDelete