.

12 November 2009

Menulis..

0
Thursday, November 12, 2009
Tidak mahu menuliskah kita?
Pena terbuka kertas terpampang,
Keybord menanti di depan mata,
Curahkanlah apa saja,
Apa yang kita tahu,
Dan apa yang kita tidak tahu,
Agar ia menjadi pedoman untuk generasi mendatang.
Tidak mahu menuliskah kita?
Catatan-catatan pedagang Cina,
Catatan-catatan penjajah Belanda,
Mewarnai himpunan perpustakaan Negara,
Mengambari kemalasan kita menulis,
Tidak malukah kita?
Sejarah kita ditulis oleh mereka,
Undang-undang kita ditulis oleh mereka,
Sarjana kita merujuk tulisan mereka,
Pada siapa kita mahu berkongsi cerita?
Anak-anak?
Cucu-cicit?
Rakan taulan?
Sampai bilakah mereka boleh hidup?
Menyampaikan apa yang kita sampai,
Tidakkah terdedah mereka pada tokok tambah?
Lagi, apa yang menjamin ketulinan?
Apa yang kita kata tak mungkin sama maksud apa yang mereka kata..
Tidak mahukah kita menulis?
Ilmu yang ada jangan disembunyikan,
Tulislah.....
Agar ianya tidak akan dilupai,
Agar ianya menjadi rujukan,
Agar ianya menjadi perbahasan.
Gerakkan tinta,
Lembutkan jari,
Menulis untuk perkongsian ilmu,
Menulis untuk berkongsi cerita,
Menulis untuk berkongsi pengalaman,
Menulis sambil menegur,
Menjana ilmu demi perkembangan ummah.
Nukilan : Khairul Amran (2009)

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: