.

25 November 2009

Chin Peng, British dan Jepun

1
Wednesday, November 25, 2009
Bismillah...Tiada maaf bagimu. Itu ungkapan paling sesuai dengan tindakan kejam mereka terhadap rakyat Malaya dahulu. Pada saya mereka sama. Tiada bezanya antara mereka. Kekejaman mereka tidak patut dibezakan. Jika Chin Peng tidak dibenarkan masuk Malaysia, tindakan sama juga mesti dikenakan kepada British dan Jepun. Hapuskan saja mereka dari bumi bertuah ini. Tindakan kerajaan membuat urusan dengan Jepun dan British dianggap tidak menghormati ATM. Mereka juga membuat kekejaman yang sama seperti Komunis, tapi kenapa mereka diberi layanan istimewa? Lupakah kita pada peristiwa itu? Apa yang patut kita buat ialah menghentikan serta merta semua urusan dengan Jepun dan British. Tutup semua kilang dan perusahaan mereka di sini. Musnahkan semua produk yang mereka keluarkan. Haramkan penggunaan bahasa mereka di Malaysia. Menghalau keluar semua rakyat dan keturunannya dari Malaysia. Dengan pelaksanaan langkah dicadangkan dapat mengelakkan kita daripada sentiasa bersikap pilih kasih terhadap bekas musuh-musuh kita. Wassalam

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

1 comment:

  1. Btul gak tu....X pernah terfikir aku......

    pisangemas81

    ReplyDelete