.

07 June 2009

Perancangan Kewangan

0
Sunday, June 07, 2009

Hi Semua,

Tahukah anda dalam perancangan kewangan ada 2 teknik yang selalu
digunakapakai dan diberitahu kepada anda, tetapi anda tidak berapa
perasan perbezaan teknik-teknik ini.

Teknik-teknik ini adalah amat penting untuk anda tahu kerana
tujuan, kaedah dan kemahiran yang diperlukan adalah
sangat sangat berbeza.

Teknik 1 : Net worth Approach

Berapa yang anda mahukan dalam simpanan anda menjelang umur
persaraan anda i.e 56 tahun ?

Anda barangkali mahukan pendapatan RM 4,000 sebulan selepas
anda bersara.

Andaikan anda diberi umur panjang 14 tahun lagi sehingga mencecah
umur 70 tahun, maka anda memerlukan sebanyak RM 48,000 setahun, atau
RM 672,000 dalam simpanan anda (Dikumpul di KWSP, Tabung Haji,
ASB, Unit trust dan sebagainya)

Maka, sekiranya anda gagal mempunyai simpanan sebanyak itu,
maka anda gagal untuk mempunyai pendapatan sebanyak RM 4000 sebulan
untuk menyara hidup anda selepas bersara.

Teknik 2: Cashflow Approach

Sekiranya anda terpaksa bercuti selama 3 bulan, adakah syarikat
tempat anda bekerja akan bersetuju membuat paid leave ?

Sekiranya syarikat anda TIDAK mahu memberikan anda paid leave,
siapa yang akan membiayai perbelanjaan anda dan keluarga
anda ?

Adakah anda mempunyai pendapatan pasif yang menyamai gaji bulanan
anda untuk membolehkan anda terus hidup sekiranya berlaku apa-apa
kepada pekerjaan anda (dibuang kerja, bercuti akibat
kemalangan dsb) ?

Teknik Cashflow sebegini akan menunjukkan kepada anda bagaimana
duit anda yang bekerja untuk anda, dan bukan sebaliknya.

Inilah teknik yang perlu anda tahu untuk menjadikan wang sebagai
hamba anda, dan bukan anda yang menjadi hamba kepada wang.

Bengkel Cashflow 101 akan berkongsi dengan anda semua bagaimana
anda boleh memastikan anda memperolehi pendapatan pasif, dan
bagaimana untuk mengenal pasti pelaburan yang boleh memberikan
anda net worth / capital gain dan pelaburan yang akan memberikan
anda cashflow tambahan.

Daftar segera ke siri Bengkel Cashflow 101 yang akan diadakan
pada 4, 11 dan 25 Julai 2009.

Klik link di bawah untuk membuat pendaftaran:

http://getresponse.com/click.html?x=a62a&lc=oWN9&mc=3&s=HCnIG&y=d&

SM World Resources
81-2, Amber Business Plaza, Jalan Jelawat 1,
Cheras
Kuala Lumpur 56100
Malaysia

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: