.

15 June 2009

Oh Peliknya Politik Ini

0
Monday, June 15, 2009
Beberapa minggu lepas seorang pemimpin dari ranting Barisan Nasional ada
membuat permintaan kemasukkan Chin Peng ke Malaysia. Para pemimpin UMNO
tak tak ramai yang menyalahkan pemimpin tersebut. Mereka hanya mengulas
secara umum. Katanya Komunis tak patut dibiarkan masuk ke Malaysia
kembali. Maka sibuklah RTM mencari fail-fail lama tentang keburukan PKM.
Setiap hari keburukan PKM ditayangkan di media-media arus perdana.
Tiba-tiba semalam ketua pembangkang bernada sama dengan pemimpin ranting
BN itu. Wah!!! gegar satu Malaya. Semua akhbar mengutuk ketua
pembangkang. Kenapa yek? Malahan menteri-menteri yang sebelum ini
berdiam diri pun mula nak masuk campur. Bermulalah kerja
wartawan-wartawan mencari komen dari pembesar-pembesar Negara berkenaan
kenyataan Ketua Pembangkang itu. Dapat dilihat hari ini kebanyakkan
akhbar memberikan komen tentang kenyataan Ketua Pembangkang. Maka
bersalahlah pembangkang di Malaysia ini dengan membuat kenyataan yang
sama macam Pemimpin BN sebelum ini. Tapi pelik bukan? Kecaman yang
diterima oleh pemimpin BN yang mengeluarkan kenyataan tersebut taklah
seberat kecaman ke atas pemimpin pembangkang ini. Sekarang Rakyat sudah
celik. Sudah sedar... mesti ada agenda tersendiri mengapa mereka
meminta membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Seperti menghantar
umpan kepada pembangkang. Lepas umpan mengena.. gembiralah mereka
mencaci dan mencerca serta mengaibkan pembangkang dengan dakyah-dakyah
kotor mereka....... Heheheheheheh.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: