.

11 December 2008

Perlukah Simpati Untuk Mangsa Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

0
Thursday, December 11, 2008
Kejadian hari Sabtu 6 Dis 2008 mengegarkan bumi KL. Pergerakan bumi memusnahkan banglow mewah bersama beberapa penghuninya. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dan musnah kediamannya. Simpati tidak terhingga kepada mereka.

Persoalan kini adalah kepada mangsa yang terperangkap d iatas kondominium mewah yang sombong dan bongkak itu. Tiada simpati yang patut dihulurkan kepada mereka. Mereka sering menyalahkan pihak keselamatan yang bertungkus lumus berusaha menyelamatkan mereka dan harta benda mereka. Tetapi apa yang mereka lakukan sangat Menaikkan Marah Rakyat Malaysia. Terbaru adalah protes terhadap pembinaan jambatan kekal di sana. Katanya jambatan itu akan menganggu kehidupan mereka. Wahai sukarelawan.... biarkanlah mereka di atas tu menggunakan segala kesombongan dan kekayaan mereka untuk turun ke bumi ini. Janganlah dibuatkan jambatan walaupun sebatang balak sekalipun kalau mereka masih tidak bersyukur dengan pengorbanan kalian. 

Pihak keselamatan sering dituduh tidak menjalankan tugas. Banyak laporan polis dibuat yang kononnya RUMAH MEWAH mereka diceroboh. Kejiranan yang tak kuat, kau salahkan pulak orang mencuri.. Tak bersyukur punya orang!!!

Kesimpulannya jangan ditolong orang yang sombong. Biarkan mereka dengan dunia mereka..

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: