.

12 October 2008

Kemaafan di Aidilfitri

0
Sunday, October 12, 2008
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. Walaupun telah 12 hari kita menyambut hari raya, tetapi tidak salah memohon kemaafan. Meminta maaf pada hari raya telah menjadi satu budaya dalam masyarakat Melayu. Budaya ini dikhuatiri akan mengikis sifat memaafkan dalam kalangan kita. Sepatutnya memohon maaf dan memberi kemaafan itu dilakukan setiap hari. Kalau budaya meminta maaf ini hanya dilakukan semasa hari raya, dikhuatiri kita tak sempat meminta maaf lalu mati. Kan berat tu. Ingat! dosa sesama manusia akan diampunkan oleh manusia sendiri. Jangan tunggu raya baru nak minta maaf. Selain meminta maaf, memberi kemaafan juga sangat dituntut. Sebelum tidur buatlah muhasabah diri sedikit. Berilah kemaafan kepada sesiapa yang kita jumpa di siang hari tadi. Manalah tahu mereka ada terbuat silap pada kita. Insyallah jika semua orang Islam memberi kemaafan setiap hari, kita sama-sama tidak menanggung dosa sesama manusia. Akhir kata andainya ada tersilap tersalah saya mohon ampun maaf. Wassallam

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: