.

05 August 2008

Pakatan Rakyat

0
Tuesday, August 05, 2008
Kerajaan Pakatan Rakyat telah tertubuh sejak berakhirnya pilihanraya ke 12 baru-baru ini. Lima buah negeri dan sebuah wilayah persekutuan telah ditawan oleh barisan Pakatan Rakyat. Apa yang mereka perlu lakukan untuk membina sebuah negara yang kuat ialah dengan memperkasakan ekonomi. Perlu ada persepakatan ekonomi di peringkat Nasional, tanpa perlu kebergantungan kepada Kerajaan Persekutuan BN dan Negeri-negeri dikuasai BN. Negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat mestilah bersatu. Jangan ada percakaran untuk mendapatkan kuasa, Ekonomi dan Hak sosial. Utamakan keadilan dalam segala hal. Penjanaan ekonomi dapat dilaksanakan melalui strategi dari peringkat akar umbi. Di peringkat kampung, semua kegiatan ekonomi handaklah diselia dengan baik supaya dapat menjana ekonomi ke arah yang lebah besar. Jemaah Kariah sesuatu kampung bertugas mencari sumber yang boleh menjana pendapatan peringkat kampung keseluruhannya tanpa meminggirkan walaupun seorang pun penduduknya. Industri-industri kecil dibangunkan bersama-sama dibawah satu payung ekonomi kerajaan negeri. Apabila ekonomi sesebuah negeri telah berkembang usahasama sesama Negeri Pakatan Rakyat mesti dipertingkat bagi mencapai kecemerlangan ekonomi di peringkat Dunia. Abaikan negeri-negeri BN yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan ekonomi PR. Saya percaya, dibawah kepimpinan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang ada ini dapat menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi. Ingatlah! Ekonomi kini menjadi KUASA yang penting untuk membina sebuah kerajaan. Kukuhnya ekonomi, maka akan kukuhlah Kerajaan Pakatan Rakyat.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: