.

04 August 2008

Katakan Taknak

0
Monday, August 04, 2008

Kempen Taknak Merokok Tak Berjaya! Duit berjuta habis untuk kempen ini. Kesannya tak ada langsung kepada golongan sasar. Apa yang perlu kerajaan buat ialah :
  1. Menaikkan harga rokok sehingga tidak mampu dibeli. (Kalau Nakkan Rokok Masih Berada Di Bumi Malaysia la)
  2. Tutup kilang rokok, digatikan dengan kilang pemprosesan makanan. Kan lebih bermakna. Industri tembakau negara digantikan dengan penanaman yang lebih berfaedah. Apa guna para pemikir kita yang hebat-hebat belaka tu? Ambil para ilmuan bersama-sama membincangkan dan merekabentuk kilang rokok serta industri tembakau ke arah yang lebih berfaedah.
  3. Hapuskan pengimportan rokok.
  4. Hapuskan iklan rokok.
  5. Bermula dari sekolah, sesiapa yang didapati merokok akan dibuang sekolah. Pengambilan murid ke sekolah bantuan penuh kerajaan perlu melalui tapisan yang ketat. Sebelum diterima laporan doktor mestilah dibuat untuk memastikan murid itu bukan perokok. Begitu juga dengan ibu dan bapanya. Sekiranya ibu atau bapa murid itu perokok, anaknya juga tidak dibenarkan bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan.
  6. IPTA dan IPTS juga perlu menjalankan proses yang sama sebelum mengambil pelajar.
  7. Kakitangan kerajaan perlu menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesahkan mereka tidak merokok. Bagi perokok tegar, tindakan memberi amaran supaya berhenti merokok dalam masa tiga bulan hendaklah diambil. Jika mereka masih didapati merokok, tindakan tatatertib seperti memotong gaji sehingga separuh wajar dilaksanakan. Jika pemeriksaan yang berikutnya masih mendapati mereka merokok, tindakan buang kerja sangat wajar.
  8. Pengambilan pekerja oleh syarikat GLC dan syarikat swasta mesti dipantau oleh kerajaan. Perokok tidak dibenarkan bekerja.
  9. Tiada tempat bagi perokok samada di pejabat kerajaan, restoren, kenderaan awam dan tempat-tempat tumpuan awam.
  10. Tambah penguatkuasa untuk melaksanakan undang-undang yang telah digubal. Tindakan mengenakan saman dan denda yang tinggi kepada perokok dapat menambahkan pendapatan negara disamping menghapuskan gejala merokok.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: