.

12 August 2008

Aliran vokasional, teknik mula awal

1
Tuesday, August 12, 2008
Oleh Noor Aznida Alias
bhkt@bharian.com.my

Pengajaran bermula di Tingkatan Satu 

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pelajaran sedang mengkaji keperluan memperkenalkan aliran vokasional dan teknik seawal Tingkatan Satu bagi mengelak pembaziran sumber tenaga manusia dalam negara. 

Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ismail, berkata pengajaran aliran vokasional dan teknik mulai Tingkatan Satu dapat memastikan hala tuju serta masa depan pelajar yang kurang cemerlang dalam pelajaran.

Katanya, sejajar langkah itu, laluan bagi pelajar aliran vokasional dan teknik untuk menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) juga akan diperluaskan. 

"Mulai 2007, sebanyak 22 mata pelajaran aliran vokasional diajar di 106 sekolah menengah harian serta tambahan bengkel bersesuaian bagi meningkatkan kualiti dan skop aliran ini. 

"Usaha akan terus diperhebatkan dan kita sedang meneliti beberapa mata pelajaran kritikal dalam aliran ini untuk diperkenalkan tahun depan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwitahunan Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, di sini semalam.

Razali berkata, bagi meningkatkan mutu pembelajaran aliran vokasional, beliau sudah membuat lawatan ke Australia dan Kanada bagi meneliti model pembelajaran untuk dipraktikkan di negara ini. 

"Kita dapati model yang diguna pakai sangat berkesan dan berjaya mengurangkan kebocoran sumber tenaga manusia kerana mereka sudah membuat kajian lebih awal bagi menentukan penempatan dan hala tuju pelajar lemah dalam pelajaran. 

"Di sana mereka ada banyak kursus membabitkan pelbagai kemahiran yang dilaksanakan secara serius dan profesional, termasuk kursus mengasuh anak dan memasak. 

"Justeru tidak ramai anak muda di kedua-dua negara itu berkeliaran tanpa tujuan seperti di sini kerana perancangan rapi sudah dibuat bermula dari peringkat awal persekolahan," katanya.
------------------------------------------------------------------------
Satu Harapan Untuk Kita.......

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

1 comment: