.

17 July 2008

Jenayah

0
Thursday, July 17, 2008
Akhir-akhir ini peningkatan kadar jenayah seluruh negara sangat ketara. Sejak pengumuman kenaikkan minyak 4 Jun lepas, kadar jenayah meningkat mendadak. Rompakan kedai emas, ragut. kecurian, pecah rumah, rompak dan bermacam-macam lagi. Kesempitan hidup rakyat amat ketara. Bagi yang ingin mengambil jalan mudah, mereka tanpa segan silu mengambil harta yang bukan haknya. Dikuathiri kadar jenayah ini akan menyebabkan rakyat hilang pertimbangan dan menjadi masalah kekacauan pula. Apabila rakyat telah hilang kesabaran maka penjenayah ini besar kemungkinan akan mati dan kecundang di tangan mangsanya. Usaha polis secara sepadu hendaklah dijalankan untuk membedung masalah ini. Pasukan tentera harus dilibatkan secara serius dalam menangani masalah jenayah yang kian meruncing. 

Berita-berita akhbar dan tv mengenai jenayah saban hari disajikan kepada rakyat. Ini juga satu bukti bahawa pemerintah sekarang gagal melaksanakan menifesto pilihanraya baru-baru ini. Kepada kerajaan Barisan Nasional, janganlah selalu menyalahkan pembangkang tidak menunaikan janji pilihanraya. Lihatlah dahulu kepada pentadbiran sendiri yang secara terang-terangan gagal menunaikan janjinya.

Seperkara lagi, Malaysia adalah negara Islam. Alangkah indahnya kalau Undang-undang Islam tertegak di Malaysia. Kita ambil contoh : untuk menangani masalah mencuri, hukuman potong tangan wajar dilaksanakan demi menjaga keselamatan  harta rakyat Malaysia. Manakala bagi kesalahan membunuh, hukuman bunuh juga wajar dilaksanakan. Tetapi tak mengapalah, hukuman bunuh itu telahpun ada dalam peruntukkan undang-undang kita , cuma perlu diperhalusi. Pelaksanaan hukum Islam sangat berkesan menangani masalah jenayah di negara kita. Oleh itu pihak berkuasa haruslah menimbangkan cadangan ini. Saya pasti, ramai yang akan menentang cadangan ini... malahan pasti ada yang mengatakan cadangan ini datang dari seorang yang berfahaaman extremis. Apapun kita cuba dulu. Lihat kesannya terhadap pelaksanaan undang-undang Islam ini. Barulah kita akan tahu rahsia disebalik Allah mewajibkan Undang-undang Islam ditegakkan.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: