.

07 July 2008

Isu Keganasan Yang Tak Padam

0
Monday, July 07, 2008

Salam sejahtera.,

Hari ini ,kita ingin membincangkan isu semasa yang terkini, isu keganasan dan peperangan. Dalam era moden ini, peperangan dianggap tragedi yang amat menakutkan. Dalam masyarakat yang penyayang ini, muncul pula pengganas, lebih kejam dari penganas masa lampau. Mengapa semua ini boleh berlaku???

Masyarakat sekarang kekurangan hati yang prihatin, hati yang baik. Ketamakan dan kekuatan  yang menguasai minda mereka. Apa yang mereka mahu hanya kekuasaan dan kekayaan. Dalam hati mereka, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

Agama pada asasnya menjalinkan hubungan manusia supaya lebih prihatin dan sayang dunia ini, kini telah dijadikan alasan sebagai medan pertempuran dan perbalasan. Adakah ini dikatakan dunia kiamat?

Fikirkan generasi kita yang dikatakan lebih berpendidikan, lebih sihat, lebih matang pemikiran, apa kesilapan yang telah kami lakukan???

Dalam, dunia yang semakin maju, manusia sepatutnya hidup lebih senang, hidup dengan aman dan damai. Tragedi di new york centre, serangan di afghanistan harus dijadikan satu pengajaran kepada kita betapa pentingnya peperangan.

Ramai orang telah terkorban akibat keganasan dan peperangan. Kesakitan dan kehilangan nyawa bagaikan satu perkara biasa di medan peperangan. Penggunaan senjata nuklear dan bahan toksik telah digunakan dalam peperangan. Akhirnya, yang tinggal hanya kota-kota kosong dan sisa-sisa jalan. Jangan jadikan kota kita sebagai tempat peninggalan kami.

Selagi kita ada didunia ini, kita akan terus berusaha untuk memastikan kesayangan akan terus diberkati. Harap kita akan mengingati sejarah zaman silam dan ia tidak diulangi di zaman ini.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: