.

22 July 2008

Datuk oh Datuk

0
Tuesday, July 22, 2008
Gelaran Datuk memang gah di mata masyarakat. Gelaran itu melambangkan jasa baik individu kepada masyarakat. Kalau dulu gelaran Datuk hanya untuk mereka yang benar-benar berjasa kepada rakyat, negara, agama dan bangsa. Tetapi sekarang gelaran tersebut seperti boleh dijual beli. Siapa yang banyak duit, banyak projek, banyak cable... mudahnye dapat gelaran Datuk.

Dah dapat gelararan Datuk, besyukurlah.. tapi jagalah perangai tu. Semacam manjadi trend pulak sekarang sesiapa bergelar Datuk boleh buat apa diorang suka jer. Datuk dan jenayah amat sinonim sekarang. Bukan saja Datuk tapi anak datuk juga tak kurang berlagaknya. Mentang-mentang bapaknya Datuk, anaknya pun nak jadi Datuk Setan.

Pemberi Gelaran Datuk kena berhati-hati dalam pemberian gelaran ini. Setelah diberkan gelaran itu, pemantauan berterusan kenalah buat. Jangan lepas tangan je. Kalau Datuk buat salah, buat jenayah, tarik balik gelaran tu. Kalau anak mereka buat salah gak.... elok juga gelaran Datuk tu ditarik. Barulah ada kesedaran sket mereka-mereka ni. Gelaran tu melambangkan status sesorang. Mereka disanjung tinggi. So tak salah kalau gelaran tu ditarik balik kalau mereka membuat jenayah.

Buangkan tanggapan negatif masyarakat terhadap Datuk. Masyarakat sekarang memandang Datuk sebagai kaki perempuan, kaki botol, penipu dan macam-macam lagi. Sesuatu harus dilakukan untuk membedung masalah ini. Jangan biarkan Gelaran Datuk dikejar sebagai lesen membuat jenayah.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: