.

07 July 2008

Dasar Penjajah

0
Monday, July 07, 2008

Ada seorang pemuda mengembara ke sebuah kampung untuk mencari sesuap nasi. Tiba di kampung Durian Tunggal maka bertemulah pemuda ini dengan ketua kampung. Dia menyatakan hasratnya untuk menumpang berteduh beberapa ketika sementara pemuda itu mencari pekerjaan. Dengan rasa simpati Ketua Kampung pun membenarkan pemuda ini tinggal di beranda rumahnya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Tuan Rumah berfikir alangkah kasihannya pemuda ini tinggal di beranda rumahnya. Dia pun menyediakan sebuah bilik dan menawarkan pemuda itu tinggal di bilik itu. Lama kelamaan pemuda itu bertambah kaya dengan usahanya bekerja di kampung Durian Tunggal itu. Pemuda itu merasakan sudah sampai masanya dia berdikari dan membina rumah sendiri. Dia meminta kebenaran dari Tuan Rumah untuk membina pondok di sebelah rumahnya. Tuan Rumah itu pun membenarkan pemuda membina pondok di kawasan rumahnya. Beberapa tahun kemudian pemuda itu menyampaikan hasrat untuk membesarkan pondoknya menjadi sebuah rumah. Oleh kerana tuan rumah beranggapan pemuda itu telah banyak berjasa kepada kampungnya dia pun membenarkan pemuda itu membesarkan pondoknya. Sehinggalah pada suatu hari, pemuda itu membawa rakan-rakannya dari daerahnya tinggal bersama pemuda itu barulah tuan rumah sedar akan kesilapan membenarkan pemuda itu tinggal bersamanya dulu. Dengan perasaan yang marah dan rasa tertipu dia berjumpa pemuda itu untuk meminta tanahnya kembali. Dengan rasa tinggi diri pemuda itu menyatakan dia pun mempunyai hak ke atas tanah yang didudukkinya itu. Dia berkeras tidak mahu meninggalkan Rumah yang dibinanya dengan usahanya sendiri. Dengan berbekalkan semangat yang tinggi, pemuda itu bersama-sama kawan-kawannya membuat tuntutan hak terhadap tanah yang mereka dudukki kerana. Maka tergadailah sebidang tanah ketua kampung kepada orang asing yang dibelanya dulu.

Pengajaran :

Jangan biarkan Bangla / Indon / Myanmar dan semua pendatang asing sama ada yang datang dengan izin atau tanpa izin menguasai negara kita Malaysia Tercinta.


About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: