.

07 June 2008

Sukanya Aku Dengan Pemuda Harapan Bangsa Ini..

0
Saturday, June 07, 2008
Turun atau mansuhkan tol

Oleh JAMLIAH ABDULLAH Utusan Malaysia Online 7 Jun 2008

SEREMBAN 6 Jun - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan menurunkan kadar tol lebuh raya atau memansuhkannya dalam usaha mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang bermula semalam.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu mempercepatkan proses rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya supaya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan segera.

"Proses rundingan itu diharap dapat diselesaikan secepat mungkin dan kita juga berharap syarikat konsesi lebuh raya yang sudah mendapat semula modal dan menikmati keuntungan dapat bekerjasama membantu mengurangkan beban rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kewangan bernilai RM23,555 kepada keluarga miskin M. Thannabakiyam, 33, di Taman Margossa, Paroi di sini hari ini.

Penurunan kadar tol itu merupakan salah satu daripada enam langkah yang dicadangkan oleh Khairy dalam usaha mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan mendadak harga petrol dan diesel.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, antara langkah awal yang boleh diambil adalah memperhebatkan pemantauan harga barang dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga yang didapati menaikkan harga secara keterlaluan.

"Selain itu perlu ada mekanisme khusus untuk memastikan harga barang keperluan utama stabil dan para peniaga yang menaikkan harga dapat dikesan. Selain itu, kerajaan wajar menerbitkan senarai harga semasa barangan keperluan supaya orang ramai boleh membuat perbandingan harganya di pasaran," katanya.

Menurut beliau, langkah lain adalah mengkaji semula kadar pendapatan isi rumah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) supaya selaras dengan peningkatan kos sara hidup dan harga barangan sekali gus membolehkan rakyat yang layak mendapat bantuan tidak tercicir daripada menerimanya.

"Contohnya, jika pendapatan minimum di bawah paras kemiskinan sekarang ialah RM500 sebulan, ia wajar dikaji semula dan dinaikkan kerana ia tidak realistik dan tidak relevan lagi dengan keadaan semasa terutama di kawasan bandar. Golongan ini wajar mendapat bantuan kerajaan," katanya

Khairy berkata, kerajaan juga perlu mengkaji semula penanda aras Indeks Harga Pengguna (IHP) yang setakat ini meletakkan paras inflasi negara di bawah lima peratus sedangkan harga barangan mengalami kenaikan lebih tinggi daripada itu

"Sekarang IHP yang diterbitkan oleh kerajaan adalah kurang daripada kadar lima peratus sedangkan harga barang kini sudah naik lebih daripada lima peratus.

"Keadaan ini tidak sama dengan apa yang harus ditanggung dan dirasai rakyat. Selain itu kenaikan gaji bagi sektor swasta juga tidak setimpal dengan kenaikan kos harga barangan. Jadi, penanda aras IHP wajar dikaji semula supaya kenaikan gaji selaras dengan kenaikan kos," katanya.

Khairy turut berharap pihak kerajaan akan mempertingkatkan kualiti pengangkutan awam di negara ini sehingga mencapai tahap kelas pertama bagi memberi pilihan kepada rakyat yang tidak mahu menggunakan kenderaan sendiri.

"Kalau pengangkutan awam tidak mencukupi, rakyat tidak ada pilihan. Mereka terpaksa menggunakan kenderaan sendiri dan menanggung kosnya. Saya berharap kerajaan dapat menambah pengangkutan awam terutama bas di sekitar Lembah Klang dan bandar-bandar utama di negara ini," tambahnya.

Katanya, kerajaan juga perlu mengkaji semula dalam tempoh setahun ini sama ada bayaran rebat tunai yang diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian mencukupi dan seterusnya mengambil langkah menaikkannya bagi memastikan ia tidak terus membebankan rakyat.

"Kerajaan perlu mengkaji semula rebat RM625 yang diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2000 cc dan RM120 untuk pemilik motosikal di bawah 250 cc. Jika masih membebankan rakyat, saya berharap kerajaan akan meningkatkan lagi rebat itu," tambahnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima Kasih KJ. Jasamu akan dikenang sampai mati. Mana ada orang UMNO-BN buat permintaan seperti itu. Kamulah satu-satunya pemuda harapan bangsa. Membela rakyat yang tertindas. Tak salah orang Rembau pilih KJ. Heheheheheh. Tapi percayalah..... kenyataan KJ cumalah seperti Anjing Menyalak Bukit. Usahlah meletakkan harapan tinggi kerajaan akan menurunkan harga minyak dan tol. Yang pasti minyak dan tol akan naik. Sama-samalah meningkatkan ilmu untuk mencipta minyak baru.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: