.

03 June 2008

Menjadi Senang Dengan Usaha

0
Tuesday, June 03, 2008
Pepatah Cina ada menyatakan "Jika Hendak Mencabut Lalang, Biarlah Sampai Akarnya". Manakala pepatah melayu pula menyatakan "Rezeki Secupak Takkan Jadi Segantang". Kedua-dua pepatah ini menceritakan tentang usaha dari kacamata dua bangsa.

Jika direnung-renung makna tersirat kedua-dua pepatah tersebut kita akan dapat lihat perbezaan usaha kedua-dua bangsa ini. Bangsa Cina dengan rajinnya dan bangsa Melayu yang hanya berserah sahaja kepada nasib.

Apa salah bangsa melayu menjadi miskin di bumi sendiri? Apa lebih orang Cina menjadi kaya di bumi orang? Persoalan tersebut terjawab dengan dua pepatah diatas. Pepatah tersebut menceritakan segalanya. Tetapi tidak semua Melayu perpegang kepada pepatah warisan Nenek Moyang mereka itu.

Kenapa kita tidak pernah berfikir bagaimana orang lain hidup senang? Kenapa kita tidak pernah mengambil contoh kejayaan bangsa lain? Susahkah? Kita asik mempersoalkan kejayaan orang, iri hati, hasad dengki dan bermacam lagi perkara yang remeh-temeh.

Ingatlah, rezeki yang secupak itu bukan sahaja boleh menjadi segantang, malahan lebih dari itu. Bandingkan usaha Melayu dan Cina. Usaha mereka diibaratkan mencabut lalang hingga ke akar. Sangat sukar, tetapi itulah azam mereka. Gigihnya mereka patut kita contohi... bukan hanya berserah kepada nasib.

"Bukan senang nak senang, tapi kalau takut susah, susah nak senang"

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: