.

10 June 2008

Mencari Penyelesaian Kenaikkan Harga Barang

0
Tuesday, June 10, 2008
Beberapa Cadangan:
  1. Menambah Pendapatan: 
    • Melakukan kerja lebih masa (Kalau syarikat mampu la)
    • Buat kerja part time. Jual suratkhabar hujung minggu, potong rumput, jual kuih, melukis, menulis dsb. (Kakitangan Kerajaan Tak Dibenarkan )
    • Smart Work- Buat kerja secara selari. Dalam satu waktu kita buat 2 @3 kerja. Contohnya petani yang menanam pisang, sementara menunggu hasil pisang selama 6 bulan bolehlah disulam degan penanaman lada. Hasil lada 3 bulan boleh menampung kehidupa juga. Boleh juga menjual buku, idea, design secara online. Daripada melangot depan komputer di office tu baik cari market utk tambah pendapatan.
  2. Kurangkan Makan
    • Amalkan puasa sunat. Baik untuk kesihatan. 
    • Makan mewah seminggu sekali. Contohnya makan nasi ayam sekeluarga yang dimasak dirumah. Boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan.
    • Tiap-tiap hari makan nasi dengan ikan goreng &  sejenis sayur. Jadikan amalan makan dengan sejenis lauk dan sejenis sayur sahaja. Nak lagi baik sayuran tu makan ulam-ulaman je.
    • Masak cukup-cukup untuk satu keluarga tanpa ada tambahan. Kalau sekeluarga ada 4 orang, masak untuk 4 orang sahaja.
    • Ubah cara makan. Tak payah minum petang, kudapan. Maakan berat waktu pagi dan petang. Seelok-eloknya sarapan makanan berat dan makan malam jam 6-7 ptg.
  3. Naik Kenderaan Awam
    • LRT atau Bas. Cadangan kepada RapidKL supaya membina tempat parking kereta di stesen seperti Terminal Putra, Setiawangsa, Jelatik, Dang Wangi, KL Sentral, Bangsar, Taman Jaya, Asia Jaya, Taman Paramount, Taman Bahagia, Kelana Jaya dan Subang. Tempat lain yang difikirkan juga boleh dibinakan bangunan tempat parking. Buatlah 5 tingkat yang boleh memuatkan 100000 kereta sehari. Bagi kereta sekali masuk RM 3 pun dah boleh bagi pulangan. Rakyat jimat.
    • Bas kena ubah laluan. 
    • Naik Air Asia. Kalau nak naik MAS kena ambik kelas ekonomi
  4. Naik Basikal
    • Berbasikal ke tempat kerja dapat mengurangkan kesesakkan. Menjadikan sihat.
    • Kalau nak ke kedai ke atau ke surau, masjid naiklah basikal. Tak payah naik motor atau kereta. Jimat minyak
    • Galakkan anak ke sekolah dengan berbasikal.
  5. Guna NGV
    • Tren sekarang kalau nak jimat gunalah NGV. Berkorban 5000-6000 je utk jimat. Sesuai untuk kereta besar la. Kalau setakat naik Atos 1.0 tak payah tukar NGV pun tak pe.
  6. Berkongsi Kereta
    • Paling sesuai untuk mereka yang duduk di kuartes kerajaan/syarikat. Sama tempat tinggal dan sama tempat kerja.

    7.  Tanam sendiri sayur-sayuran- Di kampung memang mudah kalau ada tanah. Di bandar pulak boleh gunakan kotak hidroponik. Daripada tanam pokok yang tak berguna di rumah tu baik tanam sayuran secara hidroponik. Banyak faedahnya.


About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: