.

08 June 2008

Kemana Hendak Ku Bawa Diri?

0
Sunday, June 08, 2008
Akhir-akhir ini, kita banyak disuakan dengan rancangan realiti tv bercorak hiburan. Ramai anak muda berpusu-pusu disetiap tempat ujibakat yang dijalankan. Semua berusaha menjadi artis dan menjadi glamour. Apa yang mereka dapat? Bukan setakat muda-mudi teruja untuk menjadi artis, malahan ramai juga orang tua dan kanak-kanak teringin menjadi artis. Mereka lupa dan lalai tanggungjawab kepada negara. Lalai dengan hiburan yang semangnya melalaikan. Ibu bapa menangis kalau anak mereka tidak terpilih menjadi artis. Apa ni?????? Tak de pulak menangis kalau anak mereka ditangkap khalwat. Ingatlah dunia semakin tua. Kita kesuntukkan masa untuk mencapai segalanya.

Andainya ada seruan dari kerajaan memerlukan pasukan sukarela untuk mempertahankan negara, aku percaya tak ramai anak muda sanggup kehadapan menawarkan diri. Bayangkan satu hari nanti... musuh datang dari utara, musuh datang dari selatan, musuh datang dari timur, musuh datang dari barat, musuh datang dari segenap pelosok dunia. Datang dari pemerintah mengerahkan anak muda melawan musuh-musuh tersebut. Berdayakah kita? Selamat lagikah kita dengan sikap pemuda pemudi ini?

Sedarlah sebelum terlambat.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: