.

05 June 2008

Dari Rakyat Untuk Rakyat

1
Thursday, June 05, 2008
Kenaikkan harga minyak melampau tengah malam tadi menjadi igauan ngeri setiap rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun kejadian itu telahpun berlaku. Mahu tidak mahu kita kena terima dan mengucapkan kesyukuran kerana Bala yang menimpa itu. Ini mungkin kafarah dosa yang kita lakukan selama ini. Muhasabahlah diri diatas segala perbuatan yang telah lalu.

Kita kena sama-sama mengirimkan ucapan terima kasih kepada rakyat Sabah, Sarawak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Terengganu kerana telah menyebabkan diturunkan Bala kenaikkan minyak ini. Rakyat di negeri tersebut sememangnya Sangat Bijak memilih pemimpin. Dengan kenaikkan minyak ini, kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju di dunia. Kita telah menjadi maju dan terkehadapan. Perbandingan harga minyak dan barangan yang dibuat oleh pemerintah dengan negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan India menunjukkan kita sememangnya termurah dan terkehadapan. Mereka tiada bayaran tol, kita ada tol. Mereka tiada cukai jalan, kita ada cukai jalan. Mereka mengimport minyak, kita mengeksport minyak. Semuanya terkehadapan. Memang layaklah jika kita mendapat status negara maju sekarang. Tidak perlu negara luar mengiktiraf majunya negara kita. Cukuplah kalau kita yang mencanangkan kepada dunia, kitalah negara maju.

Rakyat hidup senang dibawah pemerintahan yang Bijak ini. Rakyat juga menjadi lebih bijak, lebih senang. Senang diperbodohkan oleh mereka yang lebih bijak. Mereka yang berada di 8 buah negeri yang menyebabkan kenaikkan minyak dan barangan lain ini janganlah mengeluh. Terimalah, itu kan kehendak kamu! Itu yang kamu mahu selama ini.

Dari rakyat untuk rakyat. Undi rakyat adalah untuk rakyat. Sama-sama kita menerima pemberian hadiah tak ternilai ini dari RAKYAT yang BODOH SOMBONG. Insaflah!! jangan tertipu. Pastikan kenaikkan ini menjadi pengajaran berguna kepada semua.

ALLAHUAKBAR..... Hari Hampir Kiamat. Tingkatkan Iman, Tingkatkan Ibadah.....

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

1 comment: