.

14 May 2008

Selamat Hari Guru

0
Wednesday, May 14, 2008
Selamat Hari Guru buat semua sahabat-sahabat yang bergelar guru. Cikgu-cikgu di zaman persekolahan, Sekolah Kebangsaan Setia Jaya, Sekolah Menengah Tun Ismail, Sekolah Menengah Teknik BP, UTM, UIA dan semua guru-guru di Malaysia. Ingatlah cabaran hari ini sangat besar dalam mendidik anak-anak bangsa kita. Ketabahan guru-guru semua amat dihargai. 

Wahai ibu-bapa, fahamilah tugas seorang yang bergelar guru. Acapkali ibupapa dan masyarakat melontarkan tohmahan kepada guru lantaran kegagalan anak-anak mereka. Sedarlah, guru punya sedikit sahaja masa untuk mendidik anak-anak kita. Daripada 24 jam yang Allah kurniakan sehari semalam, waktu persekolahan hanyalah 6-7 jam sahaja. Selebihnya ibu-bapalah yang bertugas sebagai guru mendidik anak-anak. Jika kegagalan yang dicipta usahlah menyalahkan 100% kepada guru-guru sekolah. Ibu-bapa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan diatas kegagalan itu.

Sana-sini kedengaran laporan ibu-bapa menyalahkan pihak sekolah tidak bertanggungjawab. Denda murid, rotan murid, tegur murid, jeling murid, nasihat murid... semuanya menjadi kesalahan masa kini.

Wahai Ibu-bapa, Salahkah kami bertanya apa yang murid kami buat semalam sedangkan ibubapa tidak pernah pun ambil pusing apa aktiviti anaknya semalam? Salahkah guru bertanya mana kerjarumah yang diberi sedangkan ibubapa tidak pernah mahu bertanya apa tugasan anak di sekolah? Salahkah guru menegur murid yang mencarut sedangkan ramai ibubapa yang tak pernah tahu anaknya kaki mencarut? Salahkah guru merotan murid kerana merokok sedangkan ibubapa sedikit pun tak ambil peduli tentang anak-anak? Apakah harapan ibubapa bila menghantar anak-anak mereka ke sekolah? Jika teguran, nasihat, denda dan hukuman untuk mendidik anak mereka dipersoalkan, cara mana lagi guru-guru hendak mendidik anak.


Tidak hairanlah jika hari ini kita lihat di sana sini murid-murid sekolah sangat bermasalah. Merokok dengan berpakaian seragam sekolah, berpeleseran di taman-taman bersama pasangan, memukul guru dan banyak lagi masalah disiplin yang cuba disorokkan oleh sesetengah pihak. Tapi kita kena akui hakikat itu. Semua itu pastinya salah Guru kan?... Oh TIDAK!!!!!!!.. Ibu-bapa yang salah. Mereka telah mencampuri urusan guru. Maka dengan sikap ibubapa yang semacam inilah yang membuatkan ramai guru sekadar menyampaikan apa yang terkandung dalam silibus matapelajaran. Cukup bulan dapat gaji. Hujung minggu cuti. Lantaklah apa nak jadi dengan anak muridnya. Tapi bila guru dah mula buat semacam itu ada pulak ibubapa yang kondem. Konon guru tak masuk kelaslah, guru sambil lewa la... macam-macam lagi yang salah. Fikirkanla sikit masadepan anak-anak kita. Jangan sebab kita bergelar Dato', Tan Sri, Dr, ada pangkat ada harta , kita pandang rendah pada Guru. Kita perlekeh kemampuan guru. Ingat ye! kita jadi seperti sekarang kerana seorang guru. 

Oleh itu marilah kita sama-sama memartabatkan bidang pendidikan. Kita muliakan Guru. Hargai mereka. Jika dahulu gurulah segalanya. Di kampung gurulah ketua, gurulah imam, gurulah guru. Tapi sekarang guru hanya dipandang sebelah mata, seperti tiada guna. Tidak bermartabat lantaran sikap ibubapa yang bersikap lebih tahu daripada guru. 
Sekali lagi, Selamat Hari Guru kepada GuruKu......

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: