.

08 May 2008

Mencari kebebasan

0
Thursday, May 08, 2008
Kini banyak kedengaran dicelah-celah kehidupan masyarakat Malaysia mahukan kebebasan. Semuanya gara-gara kongkongan dari pelbagai pihak. Dari kecil kita terkongkong. Tidak pernah mendapat kebebasan sebenar. Mula-mula ibu dan bapa yang menjadi pengongkong. Di alam persekolahan, semua yang kita buat kena ikut peraturan. Maka bertambahlah penyekat-penyekat kebebasan kita. Dari hari ke hari sekatan itu bertambah. Kita sentiasa terikat dengan peraturan-peraturan secara langsung ataupun tidak langsung. Daripada individu kita sendiri, persekitaran, masyarakat, agama, negara dan dunia, semuanya berperaturan. Jadi apa kebebasan yang ingin kita cari sebenarnya? Jika difikir-fikir kenapa peraturan itu dibuat untuk kita? Adakah untuk menyusahkan kita ataupun untuk menjaga kepentingan orang lain. Allah telah mewujudkan peraturan untuk makhluknya. Manusia diperuntukkan paraturan, haiwan diperuntukkan undang-undang, pendek kata semua kewujudan makhluk di muka bumi ini ada peraturan. Semuanya Wajib patuh kepada undang-undang Allah. Cuba bayangkan bumi tidak mahu bergerak mengelilingi matahari mengikut orbitnya. Apa akan jadi pada kita? Bumi pasti akan berlanggar dengan planet lain. Siapa yang menerima akibatnya. Kita, haiwan, planet lain dan banyak lagi yang akan menerima akibat dari kedegilan dunia tidak mahu berputar mengelilingi matahari mengikut orbitnya. Kita ambil contoh lain, api yang Allah ciptakan dan perintahkan ia untuk menjadi panas. Jika api ingkar perintah Allah apa akan jadi? Pasti kita akan berasa sejuk, makanan tak masak, tiada logam yang boleh dileburkan, maka dunia dan seisinya akan menerima akibatnya.

Oleh sebab itu, kita mestilah berfikir apakah sebab segala peraturan yang dibuat itu diwujudkan. Segala perintah Allah kepada umat manusia hendaklah dilaksanakan. Jika kita ingkar maka kita akan terima akibatnya. Ini jelas tergambar dalam contoh-contoh keingkaran Bumi dan Api seperti diandaikan diatas. Semua benda di bumi ini berkaitan dan saling memerlukan. Jika pincang sesuatu kejadian maka pincanglah kita semua. Jika satu golongan makhluk Allah tidak mengikut peraturanNya, maka kita akan menerima tempias dari keingkarannya itu. Tegur menegur dan ingat mengingati adalah cara terbaik untuk mengelakkan sesuatu keingkaran dilakukan. Kan kita ini PELUPA. Insan itu bersifat LUPA.

Alangkah indahnya jika semua makhluk di muka bumi ini mengikut perintahNya. Tiada lagi kekacauan, tiada lagi jenayah, tiada kemalangan, tiada lagi penyelewangan. Semua orang akan senang, tenang dan bebas sebebasnya. Itulah kebebasan sebenar yang kita cari selama ini. Ikutlah peraturan yang telah ditetapkan. Jangan ingkar. Kita semua akan BEBAS. Insyallah. Wassallam

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: