.

29 May 2008

Kebejatan Sosial - Penyelesaian Drastik

0
Thursday, May 29, 2008

Kebejatan sosial semakin ketara sejak kebelakangan ini. Pelbagai pihak berusaha mencari punca dan mancari kaedah bagi menangani masalah tersebut. Ada kempen, ada ceramah, ada undang-undang, tetapi masalah terus meningkat saban tahun. Jika dilihat kepada trend semasa, kebanyakkan remaja cenderung untuk melakukan sesuatu yang di luar daripada kebiasaan. Tanpa bimbingan dari ibu bapa dan perhatian masyarakat, kadangkala perbuatan remaja ini semakin tidak masuk akal. Apakah yang mereka cari? Adakah ibu bapa memperuntukkan  masa yang cukup untuk membimbing anak-anaknya? Adakah masyarakat bersatu hati membentuk persekitaran yang sihat? Semua persoalan ini haruslah ditanya kepada diri sendiri sebelum mencari penyelesaian kepada permasalahan kebejatan sosial sekarang.

Kempen anti dadah yang diadakan sebermula di sekolah dilihat tidak mencapai objektifnya. Ramai dikalangan pelajar sekolah terjebak dengan gejala dadah. Bukan sahaja dikalangan pelajar sekolah menengah malahan tidak terkecuali masalah ini juga berlaku kepada pelajar sekolah rendah. Kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit untuk kempen anti dadah. Tetapi kesan kepada kempen itu tidak nampak seolah-olah kempen itu gagal sama sekali. Ini dapat dilihat dengan peningkatan kes-kes penagihan dadah dikalangan pelajar sekolah dan remaja. Sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula program-program pencegahan penagihan dadah kerana wang yang banyak itu masih sangat diperlukan untuk membiaiai program lebih bermanafaat.

Satu lagi gejala negatif dikalangan remaja adalah gejala mat rempit dan lumba haram. Semakin dibenteras semakin menjadi-jadi kegiatan itu. Persoalannya sejauh manakah kempen dan undang-undang dapat menghalang kegiatan mat rempit ini? Perlunya satu makanisma baru yang lebih keras bagi menghapuskan sama sekali kegiatan mat rempit dan lumba haram. Cadangan yang ingin dituliskan di sini mungkin agak keras tetapi demi melihat generasi akan datang menjadi manusia berguna, apa salahnya cadangan ini dilaksanakan. 

Cadangan Mengatasi Masalah Mat Rempit dan Lumba Haram: 
Menyediakan satu skuad khas secara rahsia yang dinamakan Skuad Kejam. Diantara tugas mereka ialah MENEMBAK BEBERAPA ORANG MAT REMPIT YANG SEDANG MELAKUKAN AKSI REMPIT DI JALAN RAYA PADA MALAM MINGGU. Aktiviti MENEMBAK ini hendaklah dijalankan bermula di Johor, Melaka, KL, Penang dan tempat-tempat tumpuan remaja mat rempit. Ia mestilah dilakukan berturut-turut setiap minggu yang menampakkan pergerakkan Skuad ini bergerak dari Selatan ke Utara.

Peranan akhbar pula sangat penting pada masa ini. Mereka hendaklah diarahkan untuk menulis laporan bahawa satu kumpulan pelampau sedang beroperasi di negara ini untuk menghapuskan mat rempit. Pihak polis boleh bekerjasama dengan menangkap seorang yang "disyakki penjenayah" dan menyebarkan laporan bahawa lebih banyak lagi kejadian menembak mat rempit akan dijalankan. Pengakuan orang yang "disyakki penjenayah" bahawa kegiatan menembak hanya kepada mat rempit dan bukan awam hendaklah ditonjolkan dan menjadi berita utama setiap akhbar. 

Diharapkan dengan tindakkan drastik dan berselindung ini secara tidak langsung memberikan gambaran ngeri kepada Mat Rempit dan pelaku salah di Malaysia. Ianya pasti akan mengurangkan dan menyelesaikan secara total terhadap permasalahan Mat Rempit dan Penagihan Dadah

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: