.

07 May 2008

Hospital Oh Hospital !!

0
Wednesday, May 07, 2008
Sidang parlimen pagi tadi memmbahaskan isu penyakit yang membawa banyak kematian di Malaysia. Entah apa ntah.. aku pun tak berapa pasti apa nama penyakit tu. Yang menarik perhatian aku adalah soalan seorang ahli perlimen tentang tindakan kementerian kesihatan untuk menangani ketidakpercayaan rakyat terhadap mutu Hospital Kerajaan. Selamba aja menteri tu kata Kementerian Kesihatan dah laksanakan program pembaikpulihan perkhidmatan dengan meningkatkan "imej Korporat" katanya. Ingat rakyat buta? Dahlah tu, selalu aja ada masalah dengan jururawat yang suka sambil lewa buat kerja, Doktor yang pemalas, masa menunggu yang lama.. dan macam-macam lagi lah. Ini terbukti dengan peningkatan kes-kes tersalah bagi ubat, kematian kerana kecuaian doktor dan bermacam lagi yang dilaporkan di akhbar. Sampai bila kita nak menanggung kecuaian dan kebodohan pihak lain. Itu baru cerita bab perkhidmatan.. belum cerita bab kualiti. Memang tak dinafikan, bayaran murah oleh pihak hospital kerajaan banyak mengurangkan beban rakyat. Tapi itu hak kami mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Janganlah kerana bayaran seringgit perkhidmatan pun macam nak tak nak aja. Ingat ye wahai jururawat-jrurawat dan doktor doktor semua!!!!! gaji anda kami yang bayar. Duit yang kami bayar sebagai cukai pendapatan itulah yang kamu makan. Hargailah kami, Hargailah Kerajaan kami.

Seperkara lagi mengenai Hospital Kerajaan ni ialah tentang Perkhidmatan yang diberikan kepada Rakyat Asing. Kenapa mereka mendapat perkhidmatan ini di Hospital Kerajaan kami?Sepatutnya mereka hanyalah boleh mendapatkan rawatan di Hospital-hospital swasta. Memanglah mereka membayar dengan harga yang tinggi di hospital kerajaan, tetapi mereka tidak layak. Mereka menganggu hak kami.Mereka berkongsi dengan kami segala kemudahan yang sepatutnya untuk kami.

Akhir kata selamat menjalankan tugas dengan penuh ikhlas kepada seluruh kakitangan hospital kerajaan. Jangan jadikan pesakit sebagai bahan ujikaji kalian. Ingat!!! Rakyat Malaysia ada hak suarakan ketidakpuashatian mereka. Jangai main-main waktu kerja.... Wassalam

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: