.

23 March 2008

Arahan Sultan atau Arahan Menteri?

0
Sunday, March 23, 2008
Kemelut pemilihan pemimpin semakin meruncing di Terengganu.Walaupun BN menang majoriti 2/3 tetapi seakan tiada pemimpin dari BN yang layak untuk menerajui parti yang kononya hebat itu. PM dan ADUN di Terengganu beria-ia mahukan Idris Jusoh sebagai Menteri Besartetapi pihak istana semacam menolak mentah-mentah kepimpinan Idris Jusoh. Mengapa ia berlaku? Siapa pun tidak tahu. Mungkinkah masalah dalaman BN, atau calon MB tidak cukup kewibawaan untuk memerintah.

Kini Istana telah mempunyai calon MB yang baru. Betulah sangkaan rakyat kepimpinan Idris Jusoh tidak diperkenankan Sultan. Sultan telah ada pilihan hatinya, PM pun ada pilihan hatinya. Mana satu yang lebih baik. Pada hemat saya pilihan sultan adalah yang terbaik. Kesultanan Melayu sangat Berdaulat. Menyanggah pilihan Sultan beerti MENDERHAKA. Hukuman yang paling layak untuk orang menderhaka adalah dibunuh, seisi keluarganya dihapuskan, tanah tempat tinggalnya diterbalikkan. Tiada tempat bagi mereka yang Menderhaka di bumi yang dinaungi oleh seorang Sultan Melayu. Alangkah bahagianya PENDERHAKA zaman ini kerana tiada tindakkan oleh pihak Istana.


Lebih malang lagi, calon pilihan istana diancam dengan tindakan yang tak masuk akal. Tengku Adnan, PM dan 23 ADUN secara terang-terangan menolak calon MB yang baru itu. Dengan jelas rakyat dapat menilai mereka ini adalah PENDERHAKA ALAF BARU. Mereka mengancam memboikot majlis mengangkat sumpah MN baru. Mengapa berlainan sangat dengan situasi di Perak dan Perlis? Bila pihak istana memilih calon MB dan mendapat bantahan dari beberapa orang pembangkang, dengan tanpa segan silu para pemimpin BN melompat-lompat, terpekik telolong mengata mereka yang mengingkari titah sultan sebagai penderhaka. Nah ! sekarang baru mereka tahu siapa PENDERHAKA sebenar.


Bukan mudah mencari pemimpin untuk rakyat yang cerdik pandai ni. Ikut saja lah pilihan Istana. Jangan sampai dicerca dikemudian hari.


Jauhi Rasuah.. Tingkatkan Jatidiri..

-hairulamran-

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: