.

25 January 2008

Lupakan Bekas Kekasih

0
Friday, January 25, 2008
Mengapa hati ini begitu sukar untuk melupakan insan yang pernah bertakhta di hati, sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya memutuskan hubungan cinta.MANISNYA saat pertama kali mengenali hati si dia, apatah lagi mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah diharungi bersama. Ketika itu, hidup ibarat tinggal di atas kayangan bersama si pari-pari dan sang putera raja. Indahnya sinaran mentari sehingga tidak dapat menjelaskan apa yang terungkai di hati. Namun, semuanya sementara. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. "Mengapa kenangan lalu masih menghantui fikiran" dan "Adakah si dia juga merasai apa yang aku rasakan ketika ini". Adakah perkara ini seringkali menjadi persoalan difikiran anda? Namanya seringkali menjadi ingatan walaupun sudah kita ada pengganti. Lebih parah, apabila kamu tidak dapat menerima cinta baru itu daripada insan lain, sedangkan kamu sudah berpisah bertahun-tahun lamanya. Mungkinkah kamu belum bersedia menerima penggantinya, sehinggakan teman-teman lain dapat melihat dan merasakan perubahan sikap kamu itu?

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: