.

17 August 2007

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

0
Friday, August 17, 2007
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi
jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda
lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab
mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah
dan tidak ada pahala bagi kamu.
Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya
pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah'akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan
berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di Baitullah.
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika
membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api
neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan
memadamkan seratus perbuatan jahat."
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang
dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas
tahta di hari akhirat."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian
dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya
ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar
dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,
Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut
mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan
dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut
dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan
memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah
baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah
taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan
dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80
tahun ibadat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih
awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari
dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya
dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita
(isteri) yang solehah.
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat
pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang
kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya
perintah engkau
(taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: