.

17 August 2007

BACALAH!!!!!!

0
Friday, August 17, 2007
Orang yang tidak membaca,
sentiasa pandai
kerana kebodohan
bersembunyi
di bawah tikar akalnya
itu tak pernah ditemui
dunianya tiada buku
tiada Guru
dia membimbit hidup
dengan kata dan erti basi
yang berselerak dalam diri
orang yang membaca?
orang yang membaca … emmhh
orang yang membaca akan
menemui kekurangannya
senyum sendirian
menyemai azam mengejar
kepandaian
kepandaian itu di hadapan.

About the author

Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran..

0 comments: